Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

148) BAS PERCUMA SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk mengenakan charge minima RM1 kepada penumpang bukan warganegara Malaysia? Jika tidak, apa rancangan Kerajaan?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor yang diberikan secara percuma kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor adalah di atas keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Kerajaan Negeri percaya bahawa pemberian perkhidmatan bas secara percuma akan memberi kesan kepada aliran ekonomi dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat.

    Pada masa ini, belum ada perancangan untuk mengenakan sebarang caj kepada penumpang bukan warga tempatan kerana golongan ini yang menetap dan bekerja di Negeri Selangor adalah terdiri daripada pekerja-pekerja industri, buruh dan ladang yang turut menyumbang di dalam pelbagai sektor pembangunan ekonomi sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, kajian lebih lanjut boleh dilaksanakan untuk melihat keperluan dan menilai cadangan yang dikemukakan Ahli Yang Berhormat pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.