Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

30) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan untuk penjajaran semula laluan bas Smart Selangor di Rawang untuk meliputi kawasan perumahan yang lebih luas?

    Laluan Bas Smart Selangor MPS2 sedia ada bermula di Tesco Rawang dan berakhir di hentian Bas Rawang. Laluan ini meliputi Taman Kanching, Taman Tun Teja, Perumahan PKNS Batu 17, Taman Tun Perak, Taman Bersatu dan Pekan Rawang. Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur MPS Bil 5/2020 meluluskan pindaan laluan kepada laluan MPS2A dan MPS2B. MPS2A akan ditambah liputan ke Rawang Perdana, Rawang Perdana 2, Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang Mutiara sehingga hentian Bas Rawang. Manakala MPS2B akan meliputi Kg. Rawang Tin, Taman Garing, Taman Garing Permai dan Taman Garing Utama. Laluan MPS2A akan memberi kemudahan kepada penduduk Rawang untuk ke Klinik Kesihatan Rawang Perdana.

Lampiran

Tiada Lampiran.