Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

53) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah rakyat berpuashati dengan pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan Bas Smart Selangor?

    Peningkatan jumlah penumpang Bas Smart Selangor yang hampir menjangkau 2 juta sejak perkhidmatan Bas Smart Selangor dilancarkan pada 1 Julai 2015 memberi isyarat bahawa sambutan, penerimaan dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor adalah sangat memberangsangkan. Sehingga 30 Jun 2016, sebanyak 1,951,530 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut mensasarkan supaya perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor ini dapat menggalakkan masyarakat kepada penggunaan pengangkutan awam di samping membantu golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada sistem pengangkutan awam bagi melaksanakan pelbagai urusan harian.  Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan akan sentiasa melaksanakan pemantauan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap yang terbaik dan berterusan

Lampiran

Tiada Lampiran.