Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

73) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak Bas Smart Selangor dan Exco Kerajaan Tempatan setuju dengan cadangan pengubahan laluan SJ02 yang dikemukakan dalam surat daripada ADUN Subang Jaya bertarikh 17.1.2020 dengan rujukan ADUNSJ/EXCO/KT/17012020/001?

    Pada masa ini, cadangan Yang Berhormat Subang Jaya masih dalam semakan semula laluan sedia ada serta kajian terhadap cadangan pindaan laluan tersebut memandangkan ianya memasuki kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga menyediakan perkhidmatan bas percuma iaitu PJCitybus serta berkemungkinan mempunyai laluan bas berbayar. Sebarang pertimbangan juga memerlukan ulasan dan maklum balas daripada jabatan dan agensi lain seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan RapidKL. Cadangan pindaan laluan perlu dibentangkan oleh pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor untuk pertimbangan selanjutnya dan dimuktamadkan berdasarkan hasil kajian semula dan maklum balas daripada semua jabatan dan agensi yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.