Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

178) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan untuk Bas Smart Selangor untuk tahun 2020?

    Peruntukan Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor pada masa ini masih dikekalkan sebanyak RM30 juta yang hanya mencukupi bagi meneruskan perkhidmatan sedia ada. Sebarang penambahan peruntukan Bas Smart Selangor pada tahun hadapan (2020) adalah tertakluk kepada keupayaan kewangan, namun peruntukan negeri adalah terhad bagi keperluan projek dan program pembangunan yang lebih penting dan menjadi keutamaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.