Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

118) BAS SMART SELANGOR DI LUAR BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berminat untuk membuat kajian untuk menggunakan Bas Smart Selangor yang lebih kecil memandangkan dilihat kadar penumpang yang agak kurang?

    (a) dan (b) dijawab bersekali :-

    Penggunaan bas yang lebih kecil bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor sedang dikaji dan diperhalusi kesesuaiannya bagi mengoptimumkan penggunaan bas di kawasan-kawasan tertentu untuk mempertingkatkan liputan laluan, kapasiti serta kesalinghubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada masa ini, Majlis Perbandaran Sepang telah memulakan perkhidmatan bas coaster sebagai  percubaan bagi laluan sedia ada iaitu SPG 3 dan SPG 4 yang bermula pada Januari 2020 melibatkan laluan kawasan kampung dengan faktor fizikal jalan yang kecil. Penggunaan bas ini menerima jumlah penumpang sebanyak 4,651 orang bagi tempoh Januari 2020 hingga Mac 2020.

    Untuk makluman Yang Berhormat, penyelenggaraan Bas Smart Selangor telah termasuk di dalam kos penyewaan bas dan kos penyelenggaraan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada syarikat operator yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.