Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

71) BAS SMART SELANGOR LALUAN SJ02

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status pertimbangan cadangan penambahbaikan laluan Bas Smart Selangor SJ02 yang telah dikemukakan melalui surat ADUN Subang Jaya bertarikh 17 Januari 2020 dengan rujukan ADUNSJ/ EXCO/ KT/ 17012020/ 001?

    Berdasarkan perbincangan di antara pihak MPSJ, wakil Rapid Bus selaku operator Bas Smart Selangor MPSJ dan pihak YB Michelle Ng Mei Sze telah bersetuju kepada perubahan Jadual perjalanan bas yang akan diputuskan bagi meminda laluan bas Smart Selangor SJ02. Pindaan ini tidak menjejaskan laluan sedia ada tetapi laluan dipanjangkan sejauh 1.5 km untuk penambahbaikan laluan SJ02.

Lampiran

Tiada Lampiran.