Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

164) BAS SMART SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kos perbelanjaan Bas Smart Selangorku dalam kawasan DUN Semenyih bagi tahun 2018-2020.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangorku di bawah pentadbiran MPKj tidak melibatkan laluan di dalam DUN Semenyih. Perkhidmatan Bas Smart Selangorku di bawah MPKj hanya melibatkan laluan seperti berikut:

    • Laluan KJ01: Bandar Kajang – Kompleks Hentian Kajang (Mukim Kajang).
    • Laluan KJ02: Komuter Bangi – Bandar Bukit Mahkota (Mukim Kajang & Beranang).
    • Laluan KJ03: Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn – Taman Tun Perak (Mukim Cheras).
    • Laluan KJ04: Kompleks Hentian Kajang – Dataran Gemilang, Putrajaya (Mukim Kajang & Putrajaya).

    Penentuan laluan mengambil kira kriteria utama iaitu First Last Mile di mana laluan bas dihubungkan dengan terminal pengangkutan bas seperti komuter/ MRT/ LRT dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, laluan yang dilaksanakan merupakan laluan yang dapat dihubungkan antara laluan pengangkutan Bas Smart Selangorku dengan stesen komuter dan MRT/ LRT.

Lampiran

Tiada Lampiran.