Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

122) BAYARAN FI PENYELENGGARAAN FLAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes yang didakwa di mahkamah kerana tidak membayar fi penyelenggaraan bulanan?. Sila beri pecahan mengikut PBT untuk 3 tahun yang lepas?

    Untuk makluman Y.B, pendakwaan bagi kesalahan kegagalan atau keengganan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan di bawah seksyen 34 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta

    663) telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri melalui pegawai pendakwa di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada tahun 2012. Seksyen 377(b) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) membenarkan pendakwaan jenayah dijalankan di mahkamah oleh mana-mana pegawai setelah Pendakwa Raya memberi kuasa untuk mendakwa secara bertulis.

    Kes pendakwaan yang telah dibawa ke mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 34 Akta 663 atau seksyen 34(3) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) [mana-mana yang berkaitan], bermula dari tahun 2012 sehingga kini adalah sebanyak 631 kes bagi 11 PBT. Berikut dilampirkan senarai kes bagi 3 tahun yang lepas iaitu bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 serta senarai PBT yang tersebut seperti di Lampiran A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.