Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

110) BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DI MBPJ

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah harga anggaran per ton sampah yang dibayar MBPJ kepada kontraktorkontraktor pembersihan dan sisa pepejal dan bagaimanakah maklumat-maklumat ini telah diguna dalam mempakej tender, kontrak dan sebutharganya. Sila guna contoh di Zon 19 dan 20.

    Harga anggaran per ton sampah pukal/kebun yang dibayar oleh MBPJ kepada kontraktor dalam lingkungan RM 200.00 / setan sebagai asas rujukan. Namun, harga tender / sebutharga muktamad adalah berdasarkan kepada harga yang ditawarkan oleh kontraktor dan diputuskan oleh Lembaga Tender. Majlis telah mengamalkan formula baru untuk lantikan kontraktor pada bulan Jun 2015 bagi anggaran jumlah sisa pukal / kebun di kawasan perkhidmatan yang baru di mana jumlah sampah telah dianggarkan dan ditetapkan manakala kontraktor akan menawarkan kadar harga dan jumlah. Sekiranya pengutipan melebihi had yang ditetapkan, maka Majlis akan memberi arahan kerja kepada kontraktor untuk kutipan lanjut dengan kos tambahan mengikut kadar harga yang ditawarkan. Bagi kawasan Zon 19 (Seksyen 20, Seksyen 21 & Seksyen 22) dan Zon 20 (SS 1, SS 3 dan SS9A), kontrak kedua-dua zon yang berkuatkuasa pada 1 April 2014 adalah mengikut formula lama di mana jumlah sampah dan kadar adalah ditetapkan oleh kontraktor ketika membuat tawaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.