Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

5) BAYARAN LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Semasa pembayaran melanjutkan tempoh pajakan tanah kediaman. Adakah kerajaan mewajibkan pengutipan tabung perkuburan Islam.

    Kerajaan Negeri tidak mewajibkan kutipan bayaran caruman kubur bagi tanah bangunan
    kediaman ke atas pemilik tanah individu yang memohon untuk perlanjutan tempoh
    pajakan tanah. Kutipan caruman perkuburan bagi tapak kubur Islam dan Bukan Islam
    hanya disyaratkan dalam keadaan berikut:
    1) Syarat tambahan dalam kelulusan permohonan tukar syarat tanah dan pecah
    sempadan bagi tanah untuk tujuan kediaman atau bercampur berkeluasan kurang
    daripada 250 ekar. Untuk pembangunan kediaman atau bercampur berkeluasan
    melebihi 250 ekar, pemilik dikehendaki menyediakan tapak perkuburan Islam dan
    Bukan Islam.
    2) Syarat tambahan bagi kelulusan tukar syarat tanah kepada bangunan kediaman.
    3) Syarat tambahan bagi kelulusan pemberimilikan tanah kepada individu/pemaju untuk
    tujuan bangunan kediaman.

Lampiran

Tiada Lampiran.