Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

260) BAYARAN PBT KEPADA KDEBWM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak yang telah dibayar oleh setiap PBT kepada KDEBWM untuk tujuan pengurusan sisa pepejal mengikut kategori perkhidmatan yang dibekalkan setahun dan bandingkan pembayaran ini dengan perkhidmatan yang sama di negeri-negeri yang lain termasuk DBKL dan Perbadanan Putrajaya?

    1. Nilai keseluruhan peruntukan tahunan yang telah diberikan kepada KDEBWM oleh sebelas (11) PBT bagi menguruskan kerja-kerja kutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam adalah sebanyak RM400.70 juta setahun. Pecahan terperinci nilai kontrak yang telah dianugerahkan kepada KDEBWM mengikut kategori perkhidmatan dan PBT adalah seperti berikut:

    KDEBWM tidak mempunyai maklumat sebenar berkenaan jumlah peruntukan tahunan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat konsesi yang lain untuk dibuat perbandingan kerana maklumat tersebut dianggap sebagai sulit.  Walaubagaimanapun, berdasarkan laporan kewangan tiga (3) syarikat konsesi utama bagi tahun 2018 yang diperolehi daripada portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pendapatan (revenue) ketiga-tiga syarikat tersebut adalah lebih tinggi dari KDEBWM berbanding dengan kuantiti sampah yang diuruskan.

     

    Perbandingan pendapatan (revenue) antara ketiga-tiga syarikat konsesi ini dan KDEBWM berbanding jumlah sampah yang diuruskan sehari oleh ketiga-tiga syarikat konsesi berdasarkan Laporan dari Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp) pada tahun 2017  adalah seperti berikut:

     

    Syarikat Negeri Yang Terlibat

     

    Pendapatan

    (RM)

    Jumlah sampah yang diuruskan sehari
    E-Idaman Sdn. Bhd.

     

    Kedah & Perlis

     

    345 Juta

    (2018)

    1,591 Tan
    Alam Flora Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang

     

    813 Juta

    (2018)

    3,736 Tan

     

    SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

     

    901 Juta

    (2018)

    4,610 Tan
    KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Selangor 400.70 Juta

    (2019)

    5,316 Tan

    (Tidak termasuk MBSA)

     

     

    Berdasarkan jadual di atas,  KDEBWM menguruskan sampah yang terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 6,800 tan sehari. Jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan, ternyata KDEBWM adalah sebuah syarikat value for money  di mana dengan pendapatan yang hampir separuh lebih rendah berbanding Alam Flora dan SWM Environment, KDEBWM berjaya menguruskan negeri yang menjana sampah paling tinggi di Malaysia dan mampu untuk membuat pelbagai pembaharuan dengan membeli lori kompaktor dan RORO baru disamping memperkenalkan sistem aduan i-Clean Selangor, Centralized Command Center (CCC) dan sebagainya yang melibatkan pelaburan sebanyak hampir RM250 juta.

     

    Berbalik kepada soalan yang diajukan oleh YB Banting tadi, sekiranya ingin dibandingkan dengan syarikat konsesi yang memberikan perkhidmatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, ternyata pendapatan (revenue) yang diperoleh oleh syarikat konsesi tersebut adalah hampir separuh melebihi pendapatan KDEBWM dan ini secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa nilai kontrak yang diberikan oleh DBKL dan Perbadanan Putrajaya adalah jauh lebih tinggi berbanding nilai kontrak yang diterima oleh KDEBWM daripada sebelas (11) PBT di negeri Selangor.  Walaupun dengan nilai kontrak yang jauh lebih rendah, KDEBWM telah berjaya membanggakan kerajaan negeri dan mendapat pengiktirafan apabila berjaya memenangi anugerah Smart Waste Solution Company of The Year dari Frost & Sullivan untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2018 dan 2019 selain dari anugerah Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal terbaik  dari Brand Laureate  baru-baru ini dengan mengalahkan syarikat-syarikat konsesi lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.