Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

53) BAZAR DARUL EHSAN KANCHONG DARAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkaitan isu bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat apakah tindakan susulan dari pihak EXCO Pembangunan Usahawan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bangunan Bazar Darul Ehsan ini telah disiapkan pada Februari 2013. Bangunan ini pada asalnya bertujuan untuk dijadikan pusat pengumpulan bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) daerah Kuala Langat. Beberapa cadangan alternatif telah dikemukakan bagi tujuan kegunaan baharu bangunan tersebut antaranya pusat pelancongan, pusat PWB Dun Morib, dan pusat latihan HIJRAH SELANGOR. Namun begitu cadangan tersebut tidak dapat dimuktamadkan. Sehubungan itu, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah mengadakan perbincangan bersama SELDEC pada 23 Jun 2020 bagi cadangan menjadikan BDE sebagai hab pengumpulan barangan tempatan dan barangan dalam talian. SeIain itu, ia juga boleh dijadikan hab pengedaran barangan secara pukal.  Perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperincikan pelaksanaan program untuk mencapai kata sepakat dan faedah bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.