Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

215) BEBAS HALANGAN OKU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Smart State & liveable City,apakah rancangan KNS bagi memastikan semua kemudahan adalah bebas halangan untuk OKU?

    Selaras dengan saranan kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan Negeri Selangor sebagai mesra OKU dan bebas halangan, melalui Pelan Tindakan LA21 Pihak Berkuasa Tempatan telah mewujudkan Jawatankuasa Bandar Selamat Dan Bebas Halangan. Jawatankuasa berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk memberi penekanan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di mana golongan tersebut adalah sebahagian daripada masyarakat yang berhak menerima perkhidmatan dan kemudahan yang sama rata.

    Jawatankuasa ini juga berperanan membuat pemantauan secara berkala melalui audit akses ke atas pembangunan dan kemudahan bagi mencapai bebas halangan OKU.

    Selain itu, Kerajaan Negeri tidak menetap satu sasaran yang sama bagi mencapai bebas halangan OKU memandangkan setiap PBT mempunyai pelan perancangan bandar bebas halangan yang berbeza mengikut keperluan dan isu setempat yang terdapat di setiap PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.