Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

162) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Selangor dijangka berhadapan dengan masalah bekalan air dan adakah empangan-empangan air di Selangor sudah cukup dilindungi dari aktiviti pencerobohan dan pencemaran?

    1. Berdasarkan kepada Kajian Sumber Air Negara, Negeri Selangor dijangka kan menghadapi masalah kekurangan bekalan pada tahun 2014. Berdasarkan  kepada  kajian ini, Kerajaan Negeri telah pun bersedia dengan pelan penyelesaian  jangka  panjang iaitu melalui Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2014. Selain daripada itu, projek bekalan air alternatif juga disediakan bagi memastikan bekalan air terawat dapat dibekalkan secara berterusan melalui pembinaan loji rawatan air baru di Sepang dan menaik taraf sistem pengepaman air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa

      Manakala dari segi pelindungan terhadap empangan dan sumber air mentah, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mewartakan sumber air alternatif dan kawasan tadahan air empangan sebagai zon perlindungan tertakluk dalam Seksyen  48,  Enakmen  LUAS 1999.

Lampiran

Tiada Lampiran.