Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

114) BEKALAN AIR BERSIH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah awal menangani kekurangan bekalan air sewaktu musim El Nino?

    1. Fenomena El Nino telah mengakibatkan negara mengalami cuaca yang panas dan kering menyebabkan taburan hujan yang diterima berkurang. Kekurangan hujan ini, seterusnya memberi kesan kepada pengurangan paras simpanan air di empangan-empangan. Justeru, bagi memastikan tahap simpanan air di empangan dapat dipelihara dan dikekalkan, langkah-langkah awal yang telah diambil adalah seperti berikut:

     

    • Mengawal pelepasan air empangan mengikut SOP, iaitu Graf ‘Operational Rules Curve (ORC)’ empangan. Ini bermaksud jumlah pelepasan air empangan dipantau secara tara dan berterusan 24 jam bergantung kepada paras semasa empangan tanpa pembaziran. Dalam masa yang sama unjuran kapasiti empangan ‘dam projection ‘ telah di buat agar pelepasan dan kapasiti empangan dapat disasarkan dalam tempoh tertentu juga bagi tujuan

     

    • Mengaktifkan Penyaluran Air Mentah Pahang – Selangor (PAMPS) dari Sg. Semantan, Pahang ke Sg. Langat bagi memenuhi keperluan air mentah Loji Pembersihan Air (LPA) Sg. Langat. Penyaluran air mentah ini juga digunakan sebagai faktor pencairan ‘dilution’ bagi kandungan ammonia dalam air mentah di LPA Cheras. Pada tahun 2016, PAMPS telah diaktifkan bermula pada 15 Jan 2016, iaitu pada kapasiti Empangan Sg. Langat 74.51% dan dihentikan pada 16 Mei 2016 di mana kapasiti Empangan Langat telah dapat ditingkatkan

     

    kepada 81.93%. Jumlah air mentah yang telah disalurkan dalam tempoh tersebut ialah 28,204 Juta Liter Sehari (JLH). Perincian seperti berikut:

     

    • Mengaktifkan operasi pengepaman air mentah dari kolam-kolam takungan Bestari Jaya (OPAK) ke Sg. Selangor bagi mengurangkan jumlah pelepasan dari Empangan Sg. Selangor dan Empangan Sg. Tinggi dan dalam masa yang sama dapat menampung keperluan air mentah LPA Sg. Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 (SSP1, SSP2 & SSP3). Daripada laporan LUAS, jumlah kolam yang terlibat dalam OPAK pada tahun 2016, ialah 10 buah kolam (Kolam KL Larut, Hang Tuah 5, HORAS 600, MBI, Taman Ilmu, Kambing Susu A, B, C, Hang Tuah 6 dan Tan Chong). Bilangan pam-pam yang terlibat untuk OPAK ialah sebanyak 33 buah pam (10 pam JPS dan 23 pam KSSB) dengan kapasiti yang ditetapkan oleh LUAS sebanyak 800 – 1,000 JLH. Di samping itu, OPAK juga berfungsi sebagai ‘simpanan’ air mentah di mana air lebihan di sungai semasa musim hujan akan dipamkan semula ke dalam kolam-kolam yang terlibat dalam OPAK.

     

    • Bagi mengurangkan impak penyusutan simpanan air di Empangan Klang Gates, LPA Wangsa Maju telah mengurangkan abstraksi air mentah dari empangan tersebut ke loji sebanyak 12 JLH bermula pada 4 Mei 2016 hingga kini. Selain itu, usaha pengambilan air mentah dari muka sauk Sg. Gombak telah dijalankan sejak 19 Mac 2016 dengan purata abstraksi air mentah sebanyak 18 JLH. Pengurangan bekalan air terawat di kawasan yang terlibat oleh LPA Wangsa Maju telah ditampung oleh LPA SSP1 dan

     

    • Bagi mengurangkan impak penyusutan simpanan air di ‘Off-river storage’ (ORS) Sg. Labu, LPA Sg. Labu telah mengurangkan pengeluaran loji kepada 103 JLH dan 92-95 JLH masing-masing bermula dari 8 Mei 2016 dan 17 Mei 2016 hingga kini, berbanding pengeluaran asal 105 JLH. Pengurangan bekalan air terawat di kawasan yang terlibat telah ditampung oleh LPA Sg. Semenyih. Di samping itu, pengepaman air mentah ORS Sg. Labu telah di lakukan secara optimum apabila aliran dasar ‘baseflow’ sungai meningkat di muka sauk LPA terutama selepas hujan.

     

    • Tindakan pembersihan dan mendalamkan lebih kerap telah dijalankan di muka- muka sauk LPA agar sebarang kemungkinan kepada henti tugas pam-pam air mentah dapat diatasi segera kesan daripada paras air yang ‘cetek’ di bawah paras normal dan juga kualiti air yang

     

    • Pihak LUAS telah melaksanakan pembenihan awan di kawasan tadahan empangan-empangan bermula pada awal tahun hingga

Lampiran

Tiada Lampiran.