Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

60) BEKALAN AIR MENTAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan strategi kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi di masa hadapan?

    Kerajaan Negeri telah dan sedang menjalankan projek-projek serta kajian-kajian sebagai inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kelangsungan sumber air mentah secara jangka panjang adalah terjamin. Melalui hasil kajian-kajian yang telah dijalankan, sumber air mentah Negeri Selangor adalah dijangkakan dapat memenuhi keperluan bekalan air sehingga tahun 2050 dan seterusnya sekiranya dapat dibangunkan sepenuhnya.

    Berikut adalah senarai projek-projek serta kajian-kajian pembangunan sumber air mentah di Negeri Selangor dan kebolehdapatan sumber air dalam bentuk juta liter sehari (JLH) apabila siap kelak :

    • Projek HORAS 600 – 600 JLH.
    • Projek HORAS 3000 – 3000 JLH.
    • Projek Langat 2 – 1,890 JLH.
    • Projek penyaluran air mentah Pahang – Selangor ke Sungai Langat – 500 JLH.
    • Kajian Kebolehlaksanaan bagi Membangunkan Sumber Air Tambahan Dari Projek Tebatan Banjir Sungai Rasau – 300 JLH.
    • Kajian Kebolehdapatan Sumber Air Bumi Di Negeri Selangor – 2,373 JLH.
    • Kajian Cadangan pemindahan air mentah dari Sungai Bernam ke Empangan Sungai Tinggi – 250 JLH.
    • Kajian Cadangan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat – 300 JLH.
    • Kajian Kebolehdapatan Sumber Air Tambahan Dalam Lembangan Sungai Langat. Kajian ini akan mengkaji kebolehdapatan serta kuantiti sumber air mentah tambahan yang boleh diperolehi dalam Lembangan Sungai Langat. Kajian ini akan dijalankan oleh pihak LUAS dalam tahun ini.

    Berdasarkan daripada senarai projek-projek serta kajian-kajian di atas, jumlah kuantiti sumber air mentah tambahan yang berpotensi untuk dibangunkan dalam Negeri Selangor ini adalah melebihi 8,000 juta liter sehari (JLH). Jumlah ini dijangkakan mampu untuk memenuhi keperluan bekalan air Negeri Selangor sehingga tahun 2050 dan tahun-tahun seterusnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.