Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

22) BEKALAN AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah 20 meter padu bekalan air akan diberi percuma dan adakah Kerajaan Negeri Selangor perlu membayar kepada Syarikat SYABAS sebagai ganti rugi ?

    Dasar pemberian 20m3 bekalan air terawat secara percuma kepada penduduk
    Negeri Selangor sedang di peringkat pelaksanaan. Kajian impak dari segi
    ekonomi, perundangandan sosial sedang disediakan oleh pihak berkuasa negeri
    bagi memastikan dasar ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat
    di Negeri Selangor. Jangkaan pelaksanaan dasar ini adalah bermula pada
    bulan Jun 2008. Pelaksanaan dasar ini akan memberi kelebihan kepada
    pengguna domestik terutama yang berpendapat rendah. Dianggarkan sejumlah
    1,291,045 penggunadomestik menerima manfaat ini iaitu 61.1% daripadajumlah
    pengguna di Selangor. Dari segi bayaran ganti rugi, satu kaedah yang lebih
    ekonomik sedang disediakan bagi memastikan pihak SYABAS dan pengguna
    mendapat manfaat dari dasar tersebut tanpa tanggungan kerugian oleh manamana pihak.

Lampiran

Tiada Lampiran.