Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

89) BEKALAN BENIH KELAPA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sedarkah Kerajaan Negeri bahawa permintaan benih kelapa semakin meningkat tetapi benih kelapa matag sukar diperolehi?

    Secara umumnya terdapat kekurangan benih kelapa matag di Selangor. Pada ketika ini Jabatan Pertanian Negeri Selangor memerlukan bekalan sekitar 20,000 pokok setahun dimana kita boleh melaksanakan projek penanaman semula dengan jenis matag sekitar 130 hektar setahun. Setakat ini, Jabatan Pertanian hanya boleh membekal sebanyak 5,000 benih sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.