Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

102) BEKALAN ELEKTRIK KE KAMPUNG ORANG ASLI HULU KEMENSAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang menghalang bekalan elektrik disalurkan ke Kg Orang Asli Hulu Kemensah?

    1. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Selangor ke Perkampungan Orang Asli di Batu 16, Hulu Kemensah adalah merupakan salah satu projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Projek daripada Kerajaan Persekutuan ini adalah di bawah pemantauan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU). Pembangunan projek ini melibatkan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HS. Gombak (Tambahan)) dan tanah beri milik (persendirian).

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan Permit Penggunaan bagi melaksanakan projek semenjak 2013 yang melalui HSK dengan keluasan 0.1 ha. Namun, projek ini tergendala kerana terdapat beberapa masalah yang timbul disebabkan beberapa pemilik tanah telah membuat tuntutan bayaran pampasan kerana talian elektrik tersebut melalui tanah mereka. Selain itu, pihak agensi Kerajaan juga belum membuat keputusan untuk memberi pemilikan/pemegang ke atas Permit Penggunaan tersebut.

     

    Beberapa siri mesyuarat/perbincangan dan lawatan ke lapangan telah diadakan di antara wakil daripada pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)/Jabatan dari Kerajaan Persekutuan dan Jabatan-jabatan dari Kerajaan Negeri Selangor serta pihak Talian Nasional Berhad (TNB) telah diadakan, namun tiada penyelesaian. Akhirnya, pada bulan Julai 2016, perkara ini telah dapat diselesaikan apabila pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

     

    telah bersetuju untuk membuat bayaran gantirugi dan pihak TNB memperakukan sebagai pemegang Permit Penggunaan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.