Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

296) BEKALAN IKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permintaan dan bekalan ikan di negeri Selangor?

    Ikan merupakan makanan utama penduduk Malaysia termasuk di negeri Selangor. Namun begitu, permintaan terhadap ikan laut sentiasa tinggi dari semasa ke semasa berbanding ikan air tawar. Pendaratan ikan laut di Negeri Selangor pada 2013 adalah sebanyak 106,943 matrik tan dan sehingga September 2014 sebanyak 51,000 matrik tan. Manakala hampir 30,000 matrik tan bagi ikan air tawar pada 2013 dan 21,545 matrik tan sehingga September 2014. Pengurangan dalam pendaratan ikan laut adalah disebabkan semua nelayan pukat tunda kini telah menggunakan pukat tunda dengan mata keroncong bersaiz tidak kurang 38mm sebagaimana dikuatkuasa oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Penguatkuasaan ini telah dapat mengurangkan pendaratan ikan baja sebanyak 30% yang mana sumber ikan marin akan terus

Lampiran

Tiada Lampiran.