Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

197) BEKAS LOMBONG SRI MANJA, PJS 3

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pernah dijalankan kajian akan kesan pengeluaran gas daripada lombong terhadap penduduk di kawasan sekitar?

    1. MBPJ pernah menjalankan ”Kajian Penilaian Pencemaran Persekitaran dan Geoteknikal di Kawasan Tasik Lombong PJS 3, Taman Sri Manja, Petaling Jaya” dengan skop kerja seperti berikut:

     

    1. Mengenalpasti jenis pencemaran dan menilai risiko pencemaran daripada tanah, air larut resap, gas, udara persekitaran ”ambient air” , air permukaan dan air bawah tanah.

     

    1. Menilai ciri-ciri fizikal kawasan dari segi geologi, hidrologi, perparitan dan faktor- faktor lain yang mungkin mempengaruhi penyebaran atau pergerakan pencemaran.

     

    • Menjalankan kajian dari segi kejuruteraan, ”sub-surface soil exploration” dan ”surface water modelling”,

     

    1. Menentukan risiko kesihatan dan persekitaran setelah pencemaran dikenalpasti,

     

    1. Mencadangkan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di  dalam mengurangkan dan mengawal tahap gas H2S di kawasan sekitar,

     

    1. Mencadangkan program pemantauan

Lampiran

Tiada Lampiran.