Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

7) BEKAS PEKERJA LADANG SUNGAI BELATA HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu bekas pekerja Ladang Sungai Belata yang ditipu oleh pemaju pada 23 tahun yang lepas?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang berperanan dalam memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja ladang mahupun bekas pekerja ladang sentiasa dijaga. Walau bagaimanapun, situasi berkenaan bekas Pekerja Ladang Sungai Belata yang telah ditipu oleh pemaju hanya dimaklumkan melalui perjumpaan di Pejabat EXCO pada 26 Februari 2016 selepas bekas pekerja ladang berkenaan telah membuat laporan polis terhadap pemaju yang terlibat. DI dalam perjumpaan tersebut pekerja ladang terbabit telah memaklumkan bahawa mereka telah melantik peguam untuk meneruskan perjuangan mereka di mahkamah. Maka, dalam keadaan kes ini di bawa ke mahkamah, Kerajaan Negeri Selangor masih menunggu masa yang sesuai dan sedang meneliti kebolehan mana – mana institusi, jabatan atau agensi kerajaan yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan permasalahan ini. Kerajaan Negeri Selangor telah merancang untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama – sama institusi, jabatan dan agensi kerajaan yang telah dikenal pasti dalam masa terdekat yang boleh membantu menangani masalah

Lampiran

Tiada Lampiran.