Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

200) BELANJAWAN UNTUK PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah belanjawan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Sila senaraikan semua perbelanjaan.

    Bajet 2010 yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor merangkumi
    pelbagai aspek sama ada segi sosial mahupun fizikal selari dengan visi Negeri
    Selangor iaitu menjadikan Negeri Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan
    Berkebajikan. Justeru itu, tiada perbelanjaan khusus yang disediakan oleh Kerajaan
    Negeri bagi tujuan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
    Sekiranya Bajet 2010 diperincikan bagi tujuan pembangunan di Daerah Hulu
    Selangor sahaja, sejumlah RM 3,914,800.00 telah diperuntukkan bagi tempoh
    Januari hingga Disember 2010 iaitu:
    Bil PERKARA KOS (RM)
    1 Projek-projek kecil Daerah Hulu Selangor yang
    merangkumi projek-projek pembangunan luar
    Bandar seperti pembinaan jalan kampung,
    jambatan, longkang dan sebagainya.
    3,735,000.00
    2 Program Penglibatan Rakyat dalam usaha
    pembangunan ekonomi negeri yang merangkumi
    program-program meningkatkan taraf hidup rakyat
    77,800.00
    3 Program Pendidikan dan agama yang merangkumi
    program kecemerlangan pelajar, program tenikteknik mendidik anak remaja, program motivasi dan
    teknik Skor A dan juga forum dan tahlil Perdana
    102,000.00
    Jumlah 3,914,800.00

Lampiran

Tiada Lampiran.