Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
77) BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tenaga Kerja Selangor telah menyediakan pelbagai jenis pengkhususan kerja kepada belia-belia anak Selangor. Perangkaan kekosongan Jawatan Aktif dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Mei 2009 adalah sebanyak 3339 kekosongan. Jenis pengkhususan pekerjaan adalah seperti berikut :
- Pentadbiran dan Pengurusan – 4 Kekosongan
- Profesional – 118 Kekosongan
- Juruteknik dan berkaitan – 264 Kekosongan
- Perkeranian – 339 Kekosongan
- Perkhidmatan dan Jualan – 367 Kekosongan
- Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan – 63 Kekosongan
- Pekerja Pertukangan dan berkaitan – 19 Kekosongan
- Operator loji dan Mesin Pemasang – 1543 Kekosongan
- Pekerja Asas – 622 Kekosongan