Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

69) BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah peruntukan PeBT Selangor dari RM 5000 kepada RM 10,000 setahun memandangkan kos perlaksanaan program semakin meningkat?

    Kerajaan Negeri menyambut baik bagi hasrat untuk menaikkan jumlah peruntukan Program PeBT daripada RM5,000.00 kepada RM10,000.00 setahun. Namun begitu, pada tahun 2015, peruntukan program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) masih dikekalkan seperti tahun 2014 di mana setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diperuntukkan sebanyak RM120,000.00 yang menjadikan keseluruhan adalah sebanyak RM1,440,000.00 untuk semua PBT bagi menjalankan program-program PeBT yang telah dirancangkan. Untuk makluman, peruntukan tersebut akan disalurkan kepada PBT di mana PBT dikehendaki untuk memantau dan merancang pelaksanaan program PeBT masing-masing untuk memastikan pelaksanaan program adalah sebagaimana yang telah dirancangkan.

    Justeru itu, PeBT setiap zon boleh bergabung dengan zon-zon lain bagi menjalankan program yang besar serta mempunyai impak yang tinggi dengan menjalinkan hubungan baik dengan ADUN dan Ahli Majlis masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.