Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

256) BELIA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan mendekati belia?

    Pembangunan belia menjadi agenda utama dalam membangunkan negeri Selangor. Oleh sebab  itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan menubuhkan Sekretariat Belia Negeri Selangor dan Penggerak Belia Tempatan.

     

    Sekretariat Belia ditubuhkan sebagai satu unit yang akan mewujudkan jaringan dengan kumpulan-kumpulan dan pemimpin-pemimpin belia dalam usaha untuk menyampaikan mesej atau maklumat Kerajaan Negeri. Sekretariat ini juga berperanan untuk melaksana dan menarik penglibatan golongan belia di dalam program-program pembangunan belia di Negeri Selangor.

     

    Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang berperanan menyampaikan dasar kerajaan serta menarik penglibatan belia di dalam program yang dirancang oleh Kerajaan Negeri. PeBT ini mempunyai tiga struktur iaitu peringkat Negeri, PBT dan Zon. PeBT peringkat Zon merupakan jentera utama Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menyokong dan menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Negeri sekarang ini.

     

    Melalui Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jawatankuasa Tetap belia dan Sukan terdapat program yang dirancang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan. Antara programprogram yang telah dilaksanakan sehingga 30 Jun 2009 adalah seperti berikut :-

     

    1. Karnival Sukan Belia dan Beliawanis Kapar
    2. Program Pembangunan Belia (anjuran bersama Yayasan Selangor)
    3. Konvensyen Agenda Pembangunan Belia
    4. Karnival Street Soccer
    5. Program Belia Tani (Penternakan Ikan Air Tawar) dengan kerjasama Persatuan Belia Sg Gulang-Gulan
    6. Program Klinik Frisbee
    7. Program Menjana Ekonomi Kelab Belia
    8.  Program Jalinan Semarak Bud
    9. Kursus Ampang Video Shooting “ Ampang Speaks Through Video”
    10. Persidangan Meja Bulat Siri I dan II
    11. Youth In Community
    12. Sesi Percambahan Idea Pembangunan Belia
    13. Program Tautan Bakti

    Antara program-program yang bakal dilaksanakan ialah:

    • Retreat Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan
    • Karnival Sukan Jalanan & Bazar Belia SUKSES
    • Program Kepimpinan dan Pelantikan Pengerusi Penggerak Belia Tempatan
    • International Youth Day
    • Program Penghayatan Ramadhan Peringkat Negeri
    • Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa
    • Karnival Futsal dan Bola Jaring Negeri Selangor (Selangor Ria)
    • Youth In Community – diadakan sebanyak 12 kali setahun di setiap PBT
    • Program Usahawan Belia – diadakan secara berkala
    • Program Pembangunan Belia dalam Keusahawanan – diadakan secara berkala

Lampiran

Tiada Lampiran.