Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

103) BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan pembangunan belia dan sukan yang telah dimanfaatkan sehingga Jun 2015 mengikut daerah?

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3,420,000.00 untuk pembangunan belia bagi membiayai program-program pembangunan belia dengan kerjasama oleh PBT dan PeBT serta program-program belia di Peringkat Negeri. Peruntukan perbelanjaan belia yang telah dimanfaatkan sehingga Jun 2015 adalah sebagaimana butiran berikut :-

     

    Bil Perkara Jumlah (RM)
    1. Elaun Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) RM500 x 12 Pengerusi x 6 bulan = RM36,000.00

     

    Elaun Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT)

    RM400 x 24 orang x 11 PBT x 6 bulan

    = RM633,600.00

    RM400 x 26 orang x 1 PBT x 6 bulan

    = RM62,400.00

     

     

     

     

    732,000.00

    2. Program PeBT

     

    12 PBT x RM60,000.00

     

    720,000.00

    3. Program-program Belia di bawah Kerajaan

    Negeri sehingga Jun 2015

    449,082.00
    Jumlah Perbelanjaan 1,901,082.00
    Jumlah Peruntukan 3,420,000.00
    Baki Peruntukan 1,518,918.00

     

     

     

     

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 untuk pembangunan Sukan bagi membiayai program-program pembangunan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sehingga Jun 2015 sebagaimana butiran berikut:

     

     

    Bil Perkara Jumlah (RM)
    1. Pembangunan Persatuan 630,553.00
    2. Pembangunan MSD/PBT 118,600.00
    3. Program Khas 99,467.70
    4. Pusat Latihan Daerah 7,300.00
    5. Pusat Latihan Negeri/ Sukan Teras 11,700.00
    6. Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor 11,700.00
    7. Persedian Sukma 191,251.34
    8. Klinik Sukan 840.00
    Jumlah Perbelanjaan 1,071,412.04
    Jumlah Peruntukan 5,000,000.00
    Baki Peruntukan 3,928,587.96

     

Lampiran

Tiada Lampiran.