Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

96) BELIA LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kelompok belia luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri berusaha untuk memastikan kelompok belia luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan dengan mengadakan program – program seperti berikut :

    • Kerajaan Negeri merancang untuk menjalankan program 1 Daerah 1 Inkubator untuk memberi peluang kepada belia bagi memulakan perniagaan dengan bantuan modal dan tempat

    Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan IKRAM untuk melaksanakan Program Kursus Kemahiran Belia Desa yang telah dijalankan pada tahun 2014.

    • Kerajaan negeri telah bekerjasama dengan pihak INSPENS untuk memberikan latihan seperti dalam bidang kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengadakan program-program seperti SPIES untuk menonjolkan aspek kepimpinan kepada belia.

    Menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut :

    • Kursus Asas Keusahawanan;
    • Kursus Pemasaran;
    • Kursus Pengurusan Kewangan; dan
    • Kursus Rancangan Perniagaan

      Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga diadakan.

     

    1. Program Jom Kerja berbentuk Kursus Kerja Berkualiti menjadi satu platform kepada para peserta untuk bertemu dengan bakal majikan untuk mencari peluang pekerjaan sedia

Lampiran

Tiada Lampiran.