Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

122) BELIA MISKIN DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah ada sebarang program untuk memastikan golongan belia Selangor bebas miskin sama ada di bandar ataupun di luar bandar?

    Selangor bebas miskin sama ada di bandar atau luar bandar sebagaimana berikut :-

     

    • Sektor pertanian perlu dimajukan dengan memberi bantuan kewangan, bantuan nasihat dan menyatukan kawasan tanah pertanian yang sempit dalam konsep pertanian bersepadu. Kaedah moden diperkenalkan seperti menggalakkan penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi, penggunaan jentera, baja organik, racun serangga supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu memperbaiki kemudahan infrastruktur di luar bandar. Bekalan elektrik, air, kemudahan perhubungan dan pengangkutan perlu dibina di kawasan luar bandar. Dengan kemajuan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, maka mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Keadaan ini dapat mengawal proses urbanisasi yang

     

    • Untuk mengurangkan aliran penduduk kawasan desa boleh digalakkan untuk membangunkan dalam sektor industri desa seperti industri memproses hasil-hasil pertanian, industri kraftangan dan industri makanan. Dengan ini kawasan luar bandar akan dimajukan. Usaha-usaha memodenkan ekonomi luar bandar dibantu dengan pinjaman kewangan oleh kerajaan negeri serta khidmat nasihat oleh badan-badan tertentu. Dengan proses memodenkan ekonomi luar bandar, penduduk luar bandar akan melibatkan dalam sektor-sektor ekonomi moden ini dan mewujudkan peluang bagi mereka untuk memajukan ekonomi diri

     

Lampiran

Tiada Lampiran.