Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

152) BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di manakah Kerajaan bersedia menyediakan tempat perniagaan untuk golongan usahawan anak muda, terutamanya di DUN Teratai?

    Usahawan di Negeri Selangor tidak dikategorikan mengikut umur ataupun usia, sebaliknya dikategorikan mengikut klasifikasi mikro, kecil dan Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak memecahkan ataupun membahagikan lot-lot perniagaan kepada golongan muda dan golongan berumur.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada menyediakan sekurang-kurangnya 6,808 unit lot atau tapak perniagaan di seluruh Selangor dan di antaranya adalah seperti berikut :-

    Bil Daerah Lot / Tapak
    1. Kuala Selangor 81
    2. Sepang 302
    3. Ampang Jaya 410
    4. Hulu Selangor 706
    5. Klang 2340
    6. Sabak Bernam 1262
    7. Kuala Langat 1261
    8. Shah Alam 446
    Jumlah Lot / Tapak Perniagaan 6808

     

    Jadual 1

    Ke semua lot atau tapak perniagaan tersebut adalah terbuka kepada semua usahawan berumur di antara 18 tahun hingga 55 tahun. Kerajaan Negeri juga sedia maklum dan mengikut trend terkini di mana usahawan golongan muda lebih cenderung menjalankan perusahaan atau perniagaan secara atas talian (on-line) dan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) telah menyediakan “Virtue Office”.

Lampiran

Tiada Lampiran.