Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

122) BENCANA ALAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah bilangan unit rumah dan lokasinya di sekitar Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tempat tinggal semasa bencana alam berlaku.

    Untuk makluman, buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak menyediakan rumah dalam mengatasi masalah tempat tinggal semasa bencana alam berlaku. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mewartakan pusat pemindahan kepada mangsa bencana di Negeri Selangor sebagai pemindahan sementara. Berikut merupakan bilangan dan kapasiti mangsa di pusat pemindahan sementara bencana yang aktif tahun 2020 dan perincian lokasi adalah seperti di Lampiran.


Lampiran

Tiada Lampiran.