Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

102) BENCANA ALAM SEKITAR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini kejadian ribut yang mendadak kerap kali berlaku diikuti pula dengan angin yang kuat. Kejadian ini menyebabkan kemusnahan bumbung rumah kampung dan juga pangsapuri. Ini berlaku kerana pembangunan bandar yang menebang pokok yang dahulunya telah menjadi penghalang kepada laluan angin rebut. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah penebangan pokok-pokok semula jadi yang berlebihan ini ?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat tentang bencana alam sekitar dan sentiasa mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi mengurangkan kesan- kesannya. Kerajaan Negeri senantiasa memantau kerja-kerja penebangan pokok agar tidak mengganggu ekosistem. Oleh yang demikian, Seksyen 35H Bahagian VA, AKta  172  memberikan  peruntukan  perlindungan  khas  kepada   pokok yang mempunyai ukur lilit melebihi 0.8 meter, tidak boleh ditebang  kecuali  dengan kebenaran

     

    Semua penebangan pokok yang dibenarkan hendaklah diberi secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan. Pihak PBT juga meletakkan syarat-syarat terhadap penebangan pokok-pokok semula jadi bagi mengelakkan kesan-kesan yang buruk kepada persekitaran berdasarkan Perintah Pemeliharaan Pokok.

Lampiran

Tiada Lampiran.