Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

3) BENCANA BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Salah satu sebab berlaku banjir serius kebelakangan ini adalah disebabkan peruntukkan yang kecil untuk projek mitigasi banjir. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengatasi permasalahan ini?

    Di dalam RMKe-10, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan siling sebanyak RM107,939,000 juta yang disalurkan kepada JPS meliputi keseluruhan projek tebatan banjir, pengurusan sungai dan sistem saliran di dalam Negeri Selangor. Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38,100,360.00. Walaubagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor akan memohon peruntukan tambahan sekiranya jabatan memerlukan untuk melaksanakan projek mitigasi banjir

Lampiran

Tiada Lampiran.