Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

230) BENGKEL ATAU LATIHAN UNTUK ANAK MUDA DAN IBU TUNGGAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah institusi latihan yang terlibat untuk menawarkan bengkel-bengkel latihan kepada golongan anak muda dan ibu tunggal?

    a dan b)

     

    Institusi atau tempat latihan yang terlibat bagi menawarkan bengkel-bengkel latihan kepada golongan anak muda di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti INPENS,UNISEL, KUIS dan Pusat Latihan Awam di Negeri Selangor.

     

    Manakala bagi golongan ibu tunggal, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pelbagai program dan aktiviti melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga termasuklah menawarkan bengkel-bengkel latihan kepada semua golongan wanita termasuk golongan ibu tunggal, di samping mengadakan usahasama-usahasama sedia ada di bawah kendalian program- program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan penglibatan portfolio- portfolio lain serta jabatan dan agensi seluruh Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.