Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

154) BERAPAKAH JUMLAH PEMBAYARAN GAJI KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pembayaran gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor?

    Pembayaran gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM402,505,187.75 yang melibatkan 10,307 kakitangan di sistem gaji berkomputer (payroll) Kerajaan Negeri Selangor. Implikasi pembayaran ini hanyalah 12.5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.