Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

55) BERNIAGA DI BAHU JALAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri kepada berniaga di bahu jalan di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui PBT tidak membenarkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan di simpang jalan, tempat letak kereta, jalan persiaran, hadapan sekolah dan lorong belakang. Walau bagaimanapun aktiviti perniagaan di bahu jalan boleh dipertimbangkan sekiranya tidak menghalang lalulintas/ laluan awam serta tidak membahayakan kepada peniaga dan orang awam di lokasi yang dipohon. Peniaga-Peniaga di bahu-bahu jalan diberikan kelulusan secara permit dengan syarat-syarat berikut:

    • Lokasi perniagaan perlu 40 meter daripada pagar sekolah, 9 meter daripada persimpangan jalan dan 3.6 meter daripada pili bomba;
    • lokasi perniagaan bukan di jalan utama; dan
    • penjualan secara bungkus dan tidak meninggalkan barangan perniagaan selepas tempoh

Lampiran

Tiada Lampiran.