Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

28) BIASISWA IPT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa orang pelajar telah berjaya memperoleh tawaran Biasiswa IPT Kerajaan Negeri Selangor?

    Pinjaman Pelajaran di bawah TKWBNS merupakan pinjaman tanpa faedah bertujuan membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor, khususnya yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS. Pinjaman pelajaran tersebut merupakan mekanisme Kerajaan Negeri dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya bagi meningkatkan tahap pendidikan rakyat.

    Sejak tahun 1988, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM82.8 juta untuk membiayai TKWBNS, dimana sebanyak RM9juta daripadanya merupakan caruman kepada tabung Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor yang ditubuhkan semenjak tahun 1994. Bagi tahun 2010 pula, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM8.1 juta bagi aktiviti biasiswa dan pinjaman pelajaran di bawah TKWBNS.

    Jumlah pelajar yang telah menerima kemudahan pembiayaan daripada TKWBNS setakat 31 Disember 2010 adalah seramai 13,358 orang peminjam, melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM118.7 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.