Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

91) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. MBI dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya telah menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2012. Apakah perkembangan dan status terkini penggunaan tabung pendidikan tersebut?

    Sehingga 31 Oktober 2013, jumlah biasiswa yang telah disalurkan adalah sebanyak RM433,415.65 dan baki Tabung Biasiswa adalah sebanyak RM9,566,584.35.

Lampiran

Tiada Lampiran.