Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

50) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Biasiswa Menteri Besar akan ditawarkan seperti yang dijanji di Manifesto Pakatan Rakyat Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses memuktamadkan segala perincian berkenaan Biasiswa Dato’ Menteri Besar Selangor (BDMBS) antaranya mengujudkan satu “trust fund” atau dana amanah, yang akan dipantau oleh Lembaga Pemegang Amanah serta Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan akan dibentuk untuk mengendalikan BDMBS. Sekretariat dana amanah ini akan diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar atau Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Kami mensasarkan kumpulan penerima pertama yang akan menikmati peruntukan biasiswa ini pada bulan Januari 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.