Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

100) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah konsep dan mekanisme pelaksanaan biasiswa ini?

    Buat masa ini belum dilancarkan Biasiswa Menteri Besar.

    Walaubagaimanapun Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) – MBI , dengan kerjasama kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya  telah menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2012 , dimana dana terkumpul untuk Tabung Biasiswa ini adalah dari hasil sumbangan  setiap anak syarikat dan Badan Berkanun dinegeri Selangor.

    Biasiswa ini diberi kepada Warga Kerja dan Anak Warga Kerja  syarikat , yang memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan untuk kursus Sarjana Muda , Sarjana  dan juga PHD.

    Dengan pemberian peluang melanjutkan pelajaran ini akan memungkinkan terkumpulnya sekumpulan terpelajar dari kalangan anak negeri Selangor yang dapat dimunafaatkan membentuk ‘Selangor Brain Bank’  di masa akan datang

Lampiran

Tiada Lampiran.