Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

243) BIASISWA MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Biasiswa Menteri Besar akan dimulakan seperti yang dijanjikan di Manifesto Selangor Pakatan Rakyat?

    MBI dijangka  melancarkan  biasiswa  pada  suku  pertama   tahun     Satu lagi kertas kerja telah dibentangkan sewaktu ‘retreat’ EXCO di Bangkok, yang mana ianya telah dipersetujui bahawa RM100,000 setahun telah diasingkan daripada dana negeri untuk tujuan itu. Biasiswa ini persis seperti ‘Rhodes Scholarship’, iaitu menganugerahkan biasiswa kepada mahasiswa pasca-siswazah seperti sarjana dan kedoktoran untuk menyokong mahasiswa yang cemerlang dari segenap segi dan menyediakan peluang untuk mencipta sesuatu yang baru bagi individu yang mempunyai kebolehan intelek dan kepimpinan yang luar biasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.