Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

32) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peserta yang telah memohon dan berjaya menyertai Program Khas Biasiswa Selangor Bitara?

    Program Khas Selangor Bitara merupakan penjenamaan semula program Khas Selangor Brain Bank di mana skop penajaan diperluaskan daripada tajaan peringkat pascasiszwazah kepada tajaan pelajar Tingkatan 4 bermula tahun 2020. Walau bagaimanapun, tajaan bagi pelajar Tingkatan 4 adalah ditangguhkan memandangkan tiada sesi persekolahan bagi pelajar-pelajar tersebut berikutan penularan wabak COVID19. Bagi program siswazah, permohonan tahun 2020 adalah dibuka sepanjang tahun dan seramai dua (2) penerima telah ditawarkan sehingga Mac 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.