Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

5) BIASISWA & PINJAMAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebabnya biasiswa/pinjaman Negeri Selangor semakin popular?

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) mempunyai dua
    (2) jenis tabung yang memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada anak-anak
    Negeri Selangor dan mereka yang layak setelah dipertimbangkan oleh Lembaga
    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS). Bentuk tabung
    pinjaman yang disediakan adalah seperti berikut:
    (i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran untuk pelajar-pelajar
    yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sama ada
    IPT Awam/ IPT Swasta (IPTA/ IPTS) bagi pengajian di peringkat Sijil/
    Diploma/ Ijazah.
    (ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor
    Tabung ini menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajarpelajar yang menuntut di IPTS bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan
    bidang teknikal dan kemahiran di peringkat Sijil.
    Pinjaman Pelajaran di bawah TKWBNS menjadi pilihan kebanyakan penuntut IPT
    kerana pinjaman berkenaan menawarkan skim pinjaman tanpa faedah bertujuan
    membantu pelajar-pelajar kelahiran Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di
    IPT dalam negara. Pinjaman pelajaran tersebut merupakan mekanisme Kerajaan
    Negeri dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya bagi meningkatkan
    tahap pendidikan rakyat.
    Selain itu, melalui pinjaman pelajaran yang disediakan TKWBNS turut menawarkan
    kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah kepada pelajar-pelajar yang telah
    menamatkan pengajian dengan pencapaian cemerlang di IPTA/ IPTS dalam
    negara. Buktinya, sejak dasar tersebut dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2003
    sehingga 31 Disember 2009, seramai 428 peminjam telah pun mendapat
    kelulusan LTKWBNS untuk ditawarkan kemudahan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah
    dengan melibatkan pelupusan pinjaman secara biasiswa berjumlah
    RM2,944,540.14.

    Bagi memastikan maklumat berkaitan kemudahan skim pembiayaan pinjaman
    pelajaran ini diketahui oleh rakyat, Urus setia LTKWBNS telah melaksanakan proses
    hebahan/ makluman apabila tawaran mula dibuka sebanyak dua (2) kali setahun
    melalui kaedah seperti berikut:
    (i) menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
    melalui akhbar-akhbar utama tempatan berbahasa Melayu, Cina dan Tamil;
    (ii) menyiarkan iklan tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
    melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor, iaitu:
    www.selangor.gov.my;
    (iii) mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada IPT, sama ada IPTA atau
    IPTS melalui pihak Hal Ehwal Pelajar masing-masing; dan
    (iv) mengemukakan surat hebahan/ makluman kepada Jabatan/ Agensi di
    bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta semua Pusat Khidmat
    Masyarakat/ Pusat Khidmat DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.