Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

60) BIASISWA SAGONG TASI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program ini?

    Biasiswa Sagong Tasi merupakan program biasiswa yang diperkenalkan pada tahun 2015 khas untuk 10 pelajar Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran di UNISEL. Program Biasiswa ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan bekerjasama Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal  Insan,   Sains,   Teknologi   dan   Inovasi,   Pejabat   YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna dan pihak UNISEL. Kerjasama ini dibuat memandangkan mekanisme pelaksanaan program Biasiswa Sagong Tasi memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza berbanding dengan biasiswa lain contohnya Biasiswa

     

    Pada masa ini, perbincangan awal di antara wakil Kerajaan Negeri Selangor dengan ketua komuniti Orang Asli Bukit Tampoi telah dibuat pada 7 Oktober 2015 yang turut dihadiri oleh wakil daripada UNISEL. Hasil daripada perbincangan tersebut, satu program berkaitan Biasiswa Sagong Tasi akan diadakan di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Sepang yang dijangka pada bulan November 2015. Program ini bertujuan bagi membantu anak- anak Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tercapai dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.