Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

128) BIASISWA SAGONG TASI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana keberkesanan penilaian pelajar yang disenarai pendekkan serta apakah antara perkara yang diberi penekanan?

    Semua permohonan Biasiswa akan melalui saringan kelayakan dan temuduga. Saringan kelayakan mengambil kira aspek akademik, pendapatan dan tanggungan. Bagi Biasiswa Sagong Tasi, syarat akademik yang ditetapkan adalah minimum di mana pelajar Orang Asal Selangor yang ditawarkan tempat ke IPT adalah layak untuk dipertimbangkan. Seterusnya, proses temuduga akan dijalankan oleh panel yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional untuk menilai aspek sahsiah terutamanya personaliti dan kecenderungan pelajar dalam bidang Pengajian yang diikuti. Proses temuduga dapat membantu TKWBNS untuk mengenalpasti pelajar yang berkecenderungan dan berpotensi untuk ditawarkan Biasiswa.

Lampiran

Tiada Lampiran.