Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

212) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima biaya siswa ini sepanjang tahun 2015?

    Pada masa ini, terdapat 2 jenis biaya siswa untuk pelajar UNISEL dan KUIS iaitu:

     

    i.              Dana Sara Diri

    – Merupakan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri pelajar sebelum mendapat bayaran pinjaman daripada PTPTN atau MARA. Berikut merupakan ringkasan bagi program Bantuan Sara Diri tahun 2015:

     

    Bil Perkara Jumlah (pelajar)
    1. Permohonan diterima 455
    2. Permohonan yang diluluskan 276

     

    ii.            Program Khas Biasiswa Selangorku

    • Merupakan biasiswa penuh bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar. Program ini telah dilaksanakan pada Oktober 2015 selaras dengan kelulusan MMKN bertarikh 9 September

     

    • Berikut merupakan ringkasan permohonan Biasiswa Selangorku bagi tahun 2015:

     

    Bil Perkara Jumlah (pelajar)
    1. Permohonan diterima 183
    2. Permohonan yang layak diproses 169
    3. Permohonan tidak layak diproses: Sebab-sebab:

    –          Menerima tajaan lain

    –          Peringkat pengajian tidak ditaja

    –          Permohonan tidak lengkap

     

    14

     

    4. Calon yang dipanggil temuduga 169
    5. Calon yang hadir temuduga 136
    6. Calon yang tidak hadir temuduga 33
    7. Calon yang tidak disokong 16
    8. Calon yang disokong 120

     

    – Seramai 120 pelajar telah disenarai pendek berdasarkan syarat kelayakan dan sesi temuduga. Pentadbiran ini sedang mendapatkan struktur yuran pengajian bagi setiap pelajar ini bagi membuat pengiraan jumlah sebenar pelajar yang boleh ditaja memandangkan biasiswa yang diperuntukkan adalah sebanyak RM10.0 juta sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.