Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

350) BIDANG KUASA LUAS – JETI PENDARATAN IKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon diperjelaskan peranan dan bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) : a) Dalam meluluskan tempoh pembinaan sesebuah jeti. b) Dalam menyediakan inventori jumlah jeti bagi seluruh negeri Selangor. c) Dalam penguatkuasaan terhadap pembinaan jeti yang tidak lengkap

    Pengurusan jeti di Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) berdasarkan peruntukan Seksyen 43, Enakmen LUAS, 1999 dan Peraturan-Peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Selangor), 2013. Peranan dan bidang kuasa LUAS berdasarkan perkara di bawah;

    • Lesen Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber (Pembinaan Jeti) akan dikeluarkan selepas Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor bersidang bagi menimbang dan meluluskan permohonan yang diterima. Piagam Pelanggan bagi tempoh lesen dikeluarkan adalah 35 hari tertakluk kepada kecukupan maklumat yang diterima. Lesen Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber (Pembinaan Jeti) dikeluarkan secara
    • LUAS menjalankan inventori bagi mendapatkan maklumat lengkap berkenaan jeti sedia ada. Inventori jeti dijalankan mendapati pembinaan jeti tanpa kawalan di atas tanah kerajaan dan tanah yang diwartakan tanpa pemilikan yang sah. Pembinaan jeti tanpa kawalan ini menyebabkan berlakunya kepadatan jeti dan kesesakan bagi peletakan bot dan sampan. Pembinaan tanpa kawalan ini juga mengganggu morfologi sungai dan pantai dan menyebabkan kemusnahan ekologi seperti penebangan pokok bakau.
    • Selain itu, pembinaan jeti dibuat tidak mengikut kriteria dan mengambil kira langkah keselamatan. Aktiviti pemantauan tidak dapat dijalankan kerana tiada laluan masuk ke jeti. Sehubungan itu, LUAS menjalankan inventori dan kajian selaras dengan Seksyen 6(1)(g), Enakmen LUAS,1999 di mana permasalahan yang wujud disebabkan pembinaan jeti ini dikaji bagi memastikan pembangunan jeti tidak menjejaskan pemeliharaan sumber

    Tindakan lanjut penyesaian bagi isu pembinaan jeti tanpa kebenaran ini adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 43, Enakmen LUAS 1999, seperti mana yang disebutkan di atas.

    1. Berdasarkan peruntukan Seksyen 43, Enakmen LUAS, 1999, sebarang aktiviti pengubahan sumber perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah LUAS dan kegagalan mendapatkan Kebenaran Bertulis adalah satu kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM50,000.00 atau dipenjara tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-keduanya

    Kegagalan mendapatkan Kebenaran Bertulis daripada Pengarah LUAS boleh dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan, Notis Am dan seterusnya Notis Amaran.

    Selain itu, LUAS juga boleh mengeluarkan arahan-arahan berikut;

    1. Arahan henti kerja, pengubahsuaian, pemindahan atau pengalihan berdasarkan peruntukan Seksyen 43(2);

     

    1. Arahan berkaitan dengan pencemaran air, halangan/pelencongan sumber air, kerja yang tidak dibenarkan atau perlindungan alam sekitar berdasarkan peruntukan Seksyen 43(2) yang dibaca bersama Seksyen 41(3)(d), (e), (f), (g) dan (i); atau

     

    • Arahan pengalihan, henti kerja atau pemulihan tapak berdasarkan peruntukan Seksyen 50(2).

     

    Sekiranya masih tidak patuh kepada notis dan arahan yang dikeluarkan, Kompaun boleh dikenakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.