Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

178) BIDANG PENYELIDIKAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bidang penyelidikan yang menjadi keutamaan negeri?

    Tumpuan penyelidikan adalah dalam bidang yang menjadi “niche” kepada institusi berkenaan contohnya Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang menumpukan kepada pembangunan produk-produk bioteknologi dan produkproduk halal manakala Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula menumpukan kepada kajian-kajian yang meliputi penambahbaikan dalam urus tadbir pendidikan dan pembangunan modal insan.

    Kerajaan Negeri Selangor telah memberi geran penyelidikan sebanyak RM5.8 juta kepada UNISEL dan KUIS bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 dalam membangunkan bidang penyelidikan yang menjadi tumpuan kepada institusi yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.