Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

127) BIDANG PERTANIAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk belia di Selangor untuk menceburi bidang makanan dan pertanian?

    Kerajaan Negeri amat memberikan perhatian terhadap penglibatan golongan muda di sektor pertanian. Pada ketika ini telahpun terdapat ramai golongan muda yang terlibat di dalam sektor pertanian khususnya bidang tanaman.

    Bagi menarik lebih ramai lagi golongan tersebut menceburi sektor pertanian, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan drastik untuk mewujudkan beberapa projek-projek pertanian yang boleh dijadikan sebagai inkubator (training ground) untuk memberikan kemahiran dan dalam masa yang sama mereka boleh mempelajari kaedah pemasaran yang efektif dan menguntungkan.

    Begitu juga dengan penggunaan peralatan-peralatan moden dan berteknologi tinggi untuk tujuan pertanian di mana kaedah precision agriculture atau pertanian tepat digunakan bagi mendapatkan hasilkan yang tinggi dan berkualiti serta boleh mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan ramai tenaga kerja khususnya tenaga kerja asing.

    Selain dari itu, bantuan-bantuan berbentuk peralatan, input-input pertanian dan baka ternakan akan diteruskan serta program-program seminar dan kursus yang berkaitan dengan sektor pertanian akan dipertingkatkan bagi menyampaikan maklumat terkini kaedah-kaeadah pertanian moden dan lestari.

Lampiran

Tiada Lampiran.